Responsive image

PROJEK PEMERKASAAN EKONOMI WANITA ASNAF

image
10 December, 2020

Alhamdulillah, pada 8 Disember 2020 (Selasa)  telah bermula Projek Pemerkasaan Ekonomi Wanita Asnaf di Pasir Puteh, Kelantan 

 

Projek ini adalah hasil jalinan kerjasama Yayasan Ikhlas dan Masjid Mukim Wakaf Raja serta beberapa pihak lain.

 

Projek Jahitan Wanita Asnaf ini merupakan projek perintis yang diilhamkan oleh  Jawatankuasa Masjid Wakaf Raja dan Yayasan Ikhlas dalam membantu meningkatkan taraf hidup ekonomi serta meningkatkan kemahiran kendiri peserta selain memberi nilai tambah dengan menawarkan peluang pekerjaan.

 

Semoga para peserta yang hadir dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama anggota masyarakat lainnya tanpa perlu bergantung dan mengharap ihsan pihak lain.

 

Di samping itu, peserta juga diharap dapat menyumbang kepada ekonomi keluarga dan masyarakat seterusnya melestarikan kehidupan mereka.

© Hakcipta Terpelihara 2024, Technerve Technology Solutions Sdn Bhd