Responsive image

BAKUL KASIH RAMADAN

...

Projek Bakul Kasih Ramadhan (BKR) ini merupakan salah satu daripada program kebajikan tahunan yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama pelbagai pihak bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

BKR yang kini menjangkau tahun ketujuh penganjurannya ini bukan sahaja berjaya mencapai cakupan sasaran penerima sumbangan yang semakin luas setiap tahun bahkan telah melibatkan kerjasama syarikat-syarikat korporat dan badan bukan kerajaan serta persatuan mahasiswa di institusi pengajian tinggi juga.

BKR yang kini menjangkau tahun ketujuh penganjurannya ini bukan sahaja berjaya mencapai cakupan sasaran penerima sumbangan yang semakin luas setiap tahun bahkan telah melibatkan kerjasama syarikat-syarikat korporat dan badan bukan kerajaan serta persatuan mahasiswa di institusi pengajian tinggi juga.

Seramai 5,000 orang penerima sumbangan disasarkan pada mereka yang terdiri daripada kalangan keluarga miskin, ibu tunggal, anak yatim, dan mualaf di setiap negeri seluruh Malaysia.

OBJEKTIF

         Memohon bantuan tajaan serta kerjasama berbentuk sumbangan kewangan, barang makanan, dan tenaga dalam menjayakan projek kebajikan Bakul Kasih Ramadhan 1442H /2021M.

         Penerima sumbangan terdiri daripada keluarga miskin, ibu tunggal, anak yatim, dan muallaf dimana dengan sumbangan yang diberikan akan meringankan beban hidup serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik ini bersempena bulan Ramadhan dan Syawal.

         Sumbangan yang diberikan berbentuk barangan makanan serta wang tunai dan juga jamuan berbuka puasa bagi sesetengah lokasi.

Sumbangan anda layak menerima pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Mohon lengkapkan butiran penuh diri anda.

DERMA SEKARANG

BAKUL KASIH RAMADAN

RM 53,200 (terkumpul)

53 % Jumlah Sasaran: RM 100,000

DERMA SEKARANG
© Hakcipta Terpelihara 2021, Technerve Technology Solutions Sdn Bhd