Responsive image

BANTU PESAKIT SIHAT

...

Projek Bantu Pesakit Sihat (BPS) ini merupakan salah satu daripada projek inisiatif berunsur kebajikan yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas (YI) dengan kerjasama pihak hospital bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat para pesakit yang kurang bernasib baik dalam menjalani proses rawatan yang memerlukan alat-alat tertentu dengan kos yang agak tinggi dan di luar kemampuan pesakit.

Bagi projek ini, kami bekerjasama secara langsung dengan Jabatan Kerja Sosial Hospital bagi mendapatkan senarai nama pesakit yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kami menyasarkan seramai 2,500 pesakit yang akan mendapat manfaat daripada projek yang dilaksanakan ini di seluruh negeri di Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang. Sumbangan anda layak menerima pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Lengkapkan butiran penuh diri anda.

 

DERMA SEKARANG

BANTU PESAKIT SIHAT

RM 235,160 (terkumpul)

94 % Jumlah Sasaran: RM 250,000

DERMA SEKARANG
© Hakcipta Terpelihara 2021, Technerve Technology Solutions Sdn Bhd