
BINA & BAIK PULIH SURAU/MASJID

DEMI SURAU KITA.
Pernah tak tuan. puan tumpang solat sebentar di sebuah surau yang kelihatan daif?
Pernah tak tuan, puan terlihat surau tidak memiliki fasiliti yang lengkap, karpet usang, atap bocor.
Inilah projek inisiati Yayasan Ikhlas dalam jangka masa panjang untuk bantu baik pulih surau-surau terpilih di seluruh Malaysia.
Untuk permulaan 5 buah surau yang telah dikenalpasti adalah:
1. Surau An-Nur, Sandakan, Sabah
2. Surau An-Najah, Seri Kembangan, Selangor
3. Surau Al-Huda, Semporna, Sabah
4. Surau Putatan, Lahad Datu, Sabah
5. Surau Rantau Panjang, Sarawak
Fokus kami adalah supaya masyarakat yang terdiri daripada para asnaf dan mualaf dapat memiliki fasiliti yang selesa untuk melaksanakan kelas-kelas pengajian agama di samping berfungsi untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan sesama mereka.
Harapan kami adalah surau-surau ini berupaya memberi impak positif kepada masyarakat amnya
Ayuh menyumbang.
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang. Semoga Allah s.w.t merahmati setiap kebaikan anda.
Sumbangan anda layak menerima pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Mohon lengkapkan butiran penuh diri anda.
DERMA SEKARANG