
KELAS IQRA AL HUSNA

SI CILIK LAUNG AZAN SURAU
Dari luar Surau Perkampungan Orang Asli Kuala Mu,Ipoh Perak kedengaran suara merdu yang melaungkan azan.
Baru berusia 9 tahun namun Hardy membuktikan bahawa dengan usaha dan bantuan dari guru-guru dia boleh menguasai ilmu agama.
Hardy dan rakan-rakan sebayanya menghadiri Kelas Iqra Al Husna yang dijalankan secara percuma oleh tenaga pengajar Yayasan Ikhlas.
Mereka amat menghargai usaha untuk menghidupkan suasana kehidupan islam dalam komuniti.
Semakin hari semakin ramai ibu bapa yang membawa anak-anak untuk belajar mengaji iqra dengan modul dari Pejabat Agama Islam Daerah Sungai Siput.
Perubahan mula dapat dilihat apabila anak-anak mula berminat belajar dan ibubapa mula sedar akan kepentingan ilmu pengaetahuan asas islam.
Harapan kami cuma ingin melihat anak-anak ini dapat mempelajari asas islam seperti menyempurnakan solat dan membaca quran sebelum berumur 15 tahun.
Kami perlukan anda untuk bersama Yayasan Ikhlas menyumbang untuk menjayakan Kelas Iqra Al Husna di sini.
>>KLIK DERMA SEKARANG!!<<
JOM LAHIRKAN GENERASI ORANG ASLI YANG CELIK AL QURAN!!
Atau boleh sumbangkan terus ke akaun:
Maybank Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Ref : Al Husna
DERMA SEKARANG