Responsive image

MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN

...

Program berbentuk misi perubatan ini merupakan satu inisiatif Kemanusiaan dan Kebajikan hasil cetusan idea daripada Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK) setelah mengambilkira kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai akses yang mudah untuk ke klinik-klinik atau hospital-hospital yang berdekatan serta mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan rawatan segera.

Program seperti ini sebenarnya amat diperlukan oleh masyarakat pedalaman kerana kesihatan merupakan satu keperluan kepada manusia lebih-lebih lagi kepada masyarakat pedalaman yang mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan perhatian perubatan dengan kadar segera.

Semoga sasaran seramai 600 penerima manfaat ini berjaya dilaksanakan pada tahun ini dan lebih ramai yang memerlukan mendapat manfaat daripada sumbangan ini.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang. Sumbangan anda layak menerima pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Lengkapkan butiran penuh diri anda.

DERMA SEKARANG

MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN

RM 740 (terkumpul)

1 % Jumlah Sasaran: RM 50,000

DERMA SEKARANG
© Hakcipta Terpelihara 2021, Technerve Technology Solutions Sdn Bhd