Responsive image

PEMERKASAAN EKONOMI WANITA ASNAF

...

Projek ini berkonsepkan pembangunan ekonomi berasaskan kemahiran bagi golongan sasaran yang mengambil masa 6 bulan bagi projek jahitan berpukal. Projek ini akan terdiri dari aspek-aspek latihan teori, perlaksanaan praktikal dan pemantauan bermula dari tahap pembuatan sehingga ke tahap penjualan hasil atau produk. Pembangunan ekonomi melalui kemahiran jahitan disasarkan kepada ibu-ibu tunggal.

Inisiatif ini dirancang sebagai suatu projek bagi membangun ekonomi golongan yang memerlukan terutamanya ibu tunggal. Golongan ini merupakan golongan yang masih mempunyai potensi untuk menjana pendapatan sendiri lalu menyara tanggungannya jika peluang yang sesuai diberikan kepada mereka. Bantuan-bantuan secara langsung diberikan tidak dihalang tetapi hanyalah dapat membantu mereka dalam jangka masa yang pendek. Akan tetapi, projek pembangunan ekonomi melalui pelatihan kemahiran lebih mampu melestarikan kehidupan golongan ini tanpa terlalu bergantung kepada ihsan pihak lain yang mana kemudiannya mampu mencorak kehidupan keluarga mereka dengan lebih baik.

Secara mudah, projek ini akan melatih kemahiran kepada golongan yang disasarkan sehingga mereka boleh menjalankannya sendiri dan mendapat hasil pulangan pendapatan dari kegiatan ekonomi tersebut. Pemantauan akan berlaku dari awal hingga peserta boleh menjana pendapatan sendiri. Bagi projek jahitan, tapak projek beralamatkan berikut:

PASTI AL FITRAH, No 2 Kampung Wakaf Raja, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

Sumbangan anda layak menerima pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sila lengkapkan butiran penuh diri anda.

DERMA SEKARANG

PEMERKASAAN EKONOMI WANITA ASNAF

RM 400 (terkumpul)

1 % Jumlah Sasaran: RM 100,000

DERMA SEKARANG
© Hakcipta Terpelihara 2021, Technerve Technology Solutions Sdn Bhd