Responsive image

SUMBANGAN PROJEK UMUM

...

Cahaya di surau menarik hati saya..

“PADA waktu itu… dalam tahun 2000, kami di sini masih tiada elektrik. Hanya di surau ini sahaja yang ada lampu, kerana ada bekalan generator.

“Oleh kerana hanya surau sahaja yang ada elektrik, jadi cahayanya sentiasa menarik saya untuk datang ke surau dan seronok kerana di surau ada orang sedang belajar mengaji.

“Jadi, saya selalu datang surau melihat orang mengaji. Semasa sekolah juga, saya jarang ikut kelas pendidikan moral, tapi saya ikut kelas pengajian Islam.

“Bagi orang asli, memang agak sukar untuk belajar al-Quran, terutama dalam menyebut huruf ‘ر’.

“Walaupun ibu bapa saya belum memeluk agama Islam, tetapi saya yakin mereka akan mengucapkan Kalimah Syahadah suatu hari nanti.”

Walaupun baru beberapa tahun memeluk Islam, namun semangat dan kecekalan Ustaz Syukri Yahya untuk belajar dan menyebarkan agama Islam di kalangan orang asli di Kuala Mu sangat membara.

Hasil kerja kerasnya, Ustaz Syukri Yahya dianugerahkan Tokoh Belia Orang Asli 2022 bagi daerah Kuala Kangsar bagi menghargai sumbangan dan kerja keras beliau.

Beliau kini berkhidmat sebagai tenaga Pengajar Kelas Iqra Al Husna untuk penduduk asli Kuala Mu di bawah seliaan Yayasan Ikhlas.

Sumbangan anda bakal melahirkan lebih ramai insan terpelajar sepertinya. Teruskan menyumbang membantu kami santuni asnaf di seluruh negara melalui 4 fokus utama:

✅ KLUSTER KOMUNITI

✅ KLUSTER KESIHATAN

✅ KLUSTER PENDIDIKAN

✅ KLUSTER BENCANA

 

Sumbangan anda walaupun hanya RM10 amat berharga dalam usaha mengubah kehidupan mereka yang memerlukan.

Segala amal kebaikan anda dapat diganjari dengan pahala berlipat kali ganda.

DERMA SEKARANG

SUMBANGAN PROJEK UMUM

RM 16,210 (terkumpul)

3 % Jumlah Sasaran: RM 500,000

DERMA SEKARANG
© Hakcipta Terpelihara 2023, Technerve Technology Solutions Sdn Bhd