Responsive image

TAJAAN PELAJAR BORNEO MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH

...

AYUH MENAJA PELAJAR ASNAF BELAJAR DAN MENGHAFAL AL-QURAN!


Seramai 4 orang pelajar dari Sabah dan Sarawak (Borneo) yang datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan telah dipilih bagi menyambung pelajaran mereka di Maahad Al-Fateh, Batang Kali, Selangor. Mereka yang terpilih datang daripada pelbagai latar belakang dengan membawa harapan keluarga dan komuniti mereka.

 

Maahad Tahfiz Al-Fateh ini diwujudkan untuk membangunkan pelajar-pelajarnya selain menjadi seorang penghafal al-Quran, mereka juga diberikan pendidikan yang holistik di mana pelajar tersebut akhirnya mahir dalam pelbagai bidang termasuklah akademik dan kokurikulum serta kemahiran kendiri. Pusat ini juga berazam untuk melahirkan pelajar Generasi Al-Quran yang membawa nilai dan ciri-ciri akhlak mulia dalam diri mereka.

 Ayuh menjadi JUTAWAN akhirat dengan menaja pelajar ini!

Sumbangan anda adalah untuk menampung kos pembelajaran, yuran, elaun sara hidup, buku pembelajaran, tambang penerbangan dan penginapan bagi semua 4 orang pelajar tersebut.

“Yang terbaik di kalangan kalian ialah mereka yang belajar dan menghafal Al-Quran” - Sunan Abu Daud

Terima kasih di atas sokongan yang diberikan dan setiap sumbangan layak menerima resit pengecualian cukai.

DERMA SEKARANG

TAJAAN PELAJAR BORNEO MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH

RM 9,900 (terkumpul)

20 % Jumlah Sasaran: RM 50,000

DERMA SEKARANG
© Hakcipta Terpelihara 2021, Technerve Technology Solutions Sdn Bhd